Thursday, April 1, 2010

Pantun Alam Sekitar

Dari emas biarlah permata
Dalamnya digali berbatu-batu
Alam ternoda didepan mata
Masihkan saja di biar begitu.

Hembus pawana bayu terasa
Hati kehendak merasa sepi
Indah buana ciptaan esa
Mengapa tidak di jaga rapi

Terang malam kerana bulan
Pucuk paku delima batu
Indah alam ciptaan tuhan
Kemusnahan berlaku mengapa begitu

Berseri putih kain peteri
Pula ditambah hiasan beribu
Alam merintih tanpa disedari
Kesan apakah bakal berlaku

Tepian pantai tumbuhnya bidara
Kamilah tahu dari dahulu
Keindahan sungai khazanah Negara
Pencemaran berlaku mengapa begitu

Cenderawasih terbangnya rendah
Peliharaan puteri menjadi temannya
Persekitaran bersih Negara indah
Kepada diri apa pentingnya

Daun selasih di tepi sumur
Di petik sudah si anak pertapa
Negara bersih rakyatnya makmur
Persekitaran indah tanggungjawab siapa

Bunga selasih di petik nyonya
Lalu di ikat di dalam perahu
Persekitaran bersih banyak faedahnya
Badan sihat ceria selalu

Kerana cinta ku hantar tanda
Ku semat dihati si mawar putih
Kerana harta jiwa ternoda
Angkara nafsu buana merintih

Indah purnama dari puspita
Cantik berseri diwaktu malam
Peranan utama adalah kita
Membentuk diri cintakan alam

Tebang kedidi singgah kuala
Elok bertenggek di tepi kali
Kemusnahan terjadi di mana jua
Jika harta menguasai diri

Cantik bulan kerana terang
Ditambah bintang yang berkelipan
Kehijauan hutan akan menghilang
Kalau ditebang tanpa kawalan

Tanam mari si pokok lada
Pohon kelapa juga di tegar
Kesedaran diri jika didada
Kekal terpelihara alam sekitar

Bunga kemboja di pohon sena
Dipetik dilurut celahan batu
Pupus segala flora dan fauna
Manusia hidup berhutankan batu

Anak haruan mencari teman
Bertumu tidak masih mencari
Punca pencemaran masih berterusan
Perasaan tamak menguasai diri

6 comments: